TLDM Perlu Miliki 55 Buah Kapal Untuk Penuhi Keperluan Operasinya

Bilangan kapal dimiliki oleh TLDM itu mungkin akan berubah bergantung kepada keadaan geo-strategik rantau itu yang dinamik.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di bawah Pelan Transformasi 15 ke 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), angkatan itu perlu mempunyai sebanyak 55 buah kapal untuk memenuhi keperluan operasinya selaras dengan peranan dan tugasnya yang telah digariskan oleh kerajaan.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata, bilangan kapal itu mungkin akan berubah bergantung kepada keadaan geo-strategik rantau itu yang dinamik.

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris tempatan, Asian Defence Journal (ADJ) keluaran May-Jun tahun ini, beliau juga memaklumkan bilangan jenis-jenis kapal perang yang dirancang dimiliki oleh TLDM dibawah pelan transformasi itu.

TLDM

 

“Mengikut Pelan Transformasi 15 ke 5 TLDM,  ia dijangka akan memiliki 12 buah kapal Littoral Combat Ship (LCS),  tiga buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS), 18 buah kapal Littoral Mission Ship (LMS), 18 buah kapal Patrol Vessel (PV) dan empat buah kapal selam menjelang tahun 2050,” kata beliau dalam temuramah itu.

Nampak gaya,impian untuk melihat TLDM menambah bilangan kapal selam dimilikinya daripada dua buah kepada empat buah akan hanya direalisasikan menjelang tahun 2050 atau 28 tahun daripada sekarang.

Kapal-kapal selam kelas-Perdana Menteri daripada jenis “Scorpene”, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak akan terus digunakan secara optima oleh TLDM untuk mengawal kepentingan bawah permukaan negara.

“Belum ada rezeki untuk ada adik” bagi kedua-dua kapal selam negara yang ditauliahkan ke dalam perkhidmatan TLDM pada 2009.

KD Tunku Abdul Rahman dan helikopter Fennec TLDM.

 

Dalam temuramah dengan majalah pertahanan itu,  Panglima TLDM juga ditanya mengenai keperluan kapal MRSS yang menurutnya untuk melaksanakan operasi amfibia dan Humanitarian and Assistance Disaster Relief (HADR).

Menurut beliau,  TLDM mengakui tentang keperluan serta kepentingan terhadap kapal itu dan akan memulakan usaha untuk memperolehinya pada tahun 2024.

“Pada ketika ini TLDM telah menerima beberapa cadangan daripada pelbagai syarikat asing untuk dilakukan kajian lanjut,” katanya.

Sementara itu, Mohd Reza juga ditanya tentang masa depan helikopter Super Lynx dan Fennec yang telah pun berkhidmat dengan TLDM selama 15 tahun.

Kredit TLDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

“TLDM merancang untuk memperolehi helikopter anti peperangan kapal selam (ASW)/peperangan anti permukaan (ASuW) yang akan menggantikan helikopter Super Lynx Mk100 pada masa depan,” kata beliau sambil menambah bahawa kajian terhadap calon-calon yang akan menggantikan helikopter Super Lynx itu sedang berjalan.

Mengenai helikopter Fennec, helikopter itu digunakan sebagai platform latihan dan akan terus digunakan oleh TLDM untuk tempoh beberapa tahun lagi.– DSA

  

featuredKapalMohd RezaOperasiTLDM
Comments (0)
Add Comment