(VIDEO) Pelanggaran Babitkan FIC, KD Laksamana Tan Pusmah

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, insiden pelanggaran antara sebuah FIC dan kapal KD Laksamana Tan Pusmah itu berlaku ketika sesi demonstrasi pada Hari Terbuka Armada 2022 dan mengakibatkan badan kapal korvet itu terkoyak.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Sebuah Fast Interceptor Craft (FIC) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah hilang kawalan dan terlanggar kapal korvet KD Laksamana Tan Pusmah ketika Hari Terbuka Armada TLDM di Lumut. 

TLDM dalam satu kenyataan hari ini berkata, insiden itu berlaku ketika sesi demonstrasi dan mengakibatkan badan kapal korvet itu terkoyak.

FIC pula mengalami kerosakan di bahagian huluan.

Bagaimana pun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam insiden itu.

“Ketika melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan di jeti Pangkalan TLDM Lumut sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22), sebuah Bot Tempur TLDM telah hilang kawalan dan terlanggar KD LAKSAMANA TAN PUSMAH.”

“Insiden tersebut telah mengakibatkan badan kapal KD LAKSAMANA TAN PUSMAH terkoyak sepanjang 2 x 1m dan Bot Tempur kemek di bahagian haluan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden ini,” menurut kenyataan TLDM itu hari ini.

Bot Fast Interceptor Craft (FIC) milik TLDM yang baru. (gambar TLDM)

 

Insiden tidak menjejaskan perjalanan Hari Terbuka Armada 2022 yang akan diteruskan mengikut atur cara yang telah ditetapkan.

TLDM juga mengatakan bahawa Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian. – – DSA

featuredFICKD LaksamanaTan PusmahTLDM
Comments (0)
Add Comment