(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan telah menerima kumpulan pertama empat buah Fast Interceptor Craft (FIC) G2000 MK II daripada syarikat pembuatnya, Gading Marine Industry Sdn Bhd.
Menurut akaun X (dahulu dikenali Twitter) milik Markas Pemerintahan Armada Timur, keempat-empat bot terbabit akan dioperasikan di perairan Pantai Timur Sabah pada bulan depan.
Empat buah FIC G2000 MK II itu adalah sebahagian daripada 13 buah bot laju yang diperolehi oleh TLDM.
Tidak banyak maklumat dinyatakan dalam posting oleh Markas Pemerintahan Armada Timur itu,tetapi dengan majlis penyerahan rasmi dijangka berlaku pada bulan depan, maka dijangkakan lebih banyak maklumat akan dikeluarkan kepada media ketika itu.
Kesemua 13 unit FIC MkII dianggarkan bernilai RM120 juta itu dilengkapi dengan sistem RCWS 12.7mm yang menambah taring bot-bit FIC MkII berbanding FIC MK I terdahulu.
Selain itu FIC MkII juga akan dilengkapi dengan enjin lebih yang lebih berkuasa dengan power propulsion bot-bot berkenaan menggunakan enjin 2x MAN V12 1650HP serta 2x Hamilton water jet.
Penambahan kuasa kuda pada enjin FIC MkII membolehkan bot-bot sepanjang 18 meter itu berkemampuan mencapai kelajuan 52 knot sejam berbanding hanya 50 knot pada FIC MkI.
Mengenai radius operasi FIC MkII itu pula, ia adalah 350 Batu Nautika pada kelajuan 35 knots.
Berkemampuan membawa lima orang krew dan lapan anggota tentera, FIC MkII direkabentuk untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk coastal patrol (surveillance), interception, clandestine mission, search and rescue operation dan rapid response.
Bot-bot FIC MkII itu juga akan dilengkapi dengan sistem ECS, radar dan GPS serta Machinery Control System.
Pada Mac 2021, TLDM telah menerima enam buah FIC MK I bernilai RM80 juta yang ditempatkan di pangkalan utama TLDM di seluruh negara.
Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, FIC itu akan digunakan untuk penugasan operasi bagi memperkukuh tahap kawalan di perairan negara terutama Op Benteng.
FIC itu dilengkapi dengan dua jentera utama dengan sistem dorongan water jet, berkemampuan mencapai kelajuan maksimum melebihi 50 knot dan dikendalikan lima kru serta mampu membawa sehingga lapan anggota Quick Reaction Force (QRF) pada satu-satu masa. — DSA