Askar Timbalan Setia Negeri Johor Kini Miliki “Quick Action Team”

Menerusi media sosial dengan nama “HRH Crown Prince of Johor”, dinyatakan bahawa DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor memeriksa pasukan QAT, Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan peralatan baharu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force – JMF) turut memiliki “Quick Action Team” (Pasukan Tindak Cepat) sebagaimana yang dipaparkannya menerusi akaun media sosial rasmi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor baru-baru ini.

Menerusi media sosial dengan nama “HRH Crown Prince of Johor”, dinyatakan bahawa DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail, Tunku Mahkota Johor memeriksa pasukan QAT, Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan peralatan baharu.

Menerusi laman blog http://kesultananjohor.blogspot.com/2013/01/mengenali-askar-timbalan-setia-negeri.html, hanya negeri Johor yang memiliki pasukan tenteranya sendiri.

Bagaimanapun fungsinya hanya terhad kepada hal istiadat istana negeri, dengan tugas utamanya adalah untuk menjaga keselamatan dan keselesaan Sultan,  Tunku Mahkota Johor serta tetamu-tetamu diraja.

Tugas-tugas Askar Timbalan Setia Negeri Johor antara lain termasuklah mengawal kesemua empat istana di Johor, memberikan khidmat sokongan berkaitan pengurusan istana dan mengendalikan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh istana.

(kredit FB HRH Crown Prince of Johor)

 

Ia juga bertanggungjawab menjaga keselamatan kesemua kem-kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 1886 bagi memenuhi syarat Perjanjian Setia 1885 di antara Kerajaan Johor dan Kerajaan Great Britain.

Pada mula, Askar Timbalan Setia Negeri Johor dianggotai 60 pemuda Melayu yang dipimpin oleh Syed Mohamed Nong Yahya dan Mejar Daud Sulaiman.

(kredit FB HRH Crown Prince of Johor)

 

Antara nama besar yang pernah menyertai pasukan tentera itu adalah pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar, bekas Perdana Menteri Malaysia yang ketiga Tun Hussein Onn dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tun Ibrahim Ismail.

Segala perlantikan, kenaikan pangkat dan persaraan anggota adalah tertakluk kepada keputusan dan pengesahan Sultan Johor.

(kredit FB HRH Crown Prince of Johor)
(kredit FB HRH Crown Prince of Johor)

 

“Askar Timbalan Setia Negeri Johor diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor selaku pegawai pemerintah sementara Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor adalah naib pemerintah, “ menurut artikel di dalam blog itu.

Pengambilan anggota pasukan tentera ini hanya terbuka kepada anak jati Johor yang boleh menulis dan membawa Jawi kerana tulisan berkenaan banyak digunakan dalam laporan, perintah serta jadual harian.

Askar Timbalan Setia Negeri Johor dibahagian kepada tiga unit iaitu pentadbiran, kawalan dan pancaragam, dengan setiap anggota akan ditempatkan di mana-mana unit yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. — DSA

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

featuredJMFTimbalan Setia JohorTunku Mahkota Johor
Comments (0)
Add Comment