Tentera Laut India Kerah Empat Kapal Perang Untuk Latihan Di Laut China Selatan

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan India, empat buah kapal terbabit adalah destroyer “Ranvijay”, friget “Shivalik”, korvet anti-peperangan kapal selam ”Kadmatt” dan korvet peluru berpandu “Kora.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut India akan menghantar empat buah kapal perangnya ke Asia Tenggara, Laut China Selatan dan Pasifik Barat sebagai sebahagian daripada Dasar “Act East” serta untuk meningkatkan kerjasama pertahanan di antara New Delhi dengan negara-negara serantau.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Pertahanan India, empat buah kapal terbabit adalah destroyer “INS Ranvijay”, friget “INS Shivalik”, korvet anti-peperangan kapal selam ”INS Kadmatt” dan korvet peluru berpandu “ INS Kora.”

Keempat-empat kapal perang India itu daripada Armada Timurnya akan berada di rantau dan perairan  itu selama dua bulan bermula daripada Ogos ini.

Kapal Tentera Laut India “INS Kadmatt.”

 

Semasa kerahan ke Indo-Pasifik, kapal-kapal perang India itu akan mengadakan latihan dengan Tentera Laut Vietnam, Tentera Laut Singapura (SIMBEX), Tentera Laut Indonesia (Samudra Shakti) dan Tentera Laut Australia (AUS-INDEX).

Seterusnya kapal-kapal perang India akan terlibat dalam latihan pelbagai negara dipanggil MALABAR-21 Pasifik Barat bersama-sama kapal-kapal tentera laut daripada Jepun, Australia dan Amerika Syarikat.

Admin jangkakan latihan MALABAR-21 itu adalah bersama-sama kapal pengangkut pesawat British HMS Queen Elizabeth dan kapal-kapal daripada Carrier Strike Group 2021 (CSG21).

Kapal-kapal HMS Queen Elizabeth, RFA Tidespring dan HNLMS Evertsen.

 

Kerahan itu adalah untuk menunjukkan kehadiran kapal-kapal perang India serta persahabatannya dengan negara-negara lain untuk memastikan ketenteraman maritim domain.

“Ia juga untuk memperkuatkan hubungan sedia ada di antara India dengan negara-negara di Indo-Pasifik,” menurut kenyataan itu.

DEFENCE SECURITY ASIA

Act EastIndiaMalabar-21
Comments (0)
Add Comment