(VIDEO) Tentera Darat Malaysia Terima 110 Unit Recoilless Rifle 84mm Carl Gustaf M4

(VIDEO) Menerusi kenyataan di dalam FB Tentera Darat dan Berita Tentera Darat Malaysia baru-baru ini, dinyatakan bahawa Tentera Darat Malaysia telah menerima 110 buah varian terkini 84mm Carl Gustaf M4 itu daripada syarikat tempatan yang membekalkannya.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Malaysia telah menerima sejumlah 110 buah recoilless rifles 84mm Carl Gustaf M4 baru-baru ini, dipercayai untuk kegunaan anggota 10 Briged Para dan Gerup Gerak Khas (GGK).
Menerusi kenyataan di dalam FB Tentera Darat dan Berita Tentera Darat Malaysia baru-baru ini, dinyatakan bahawa Tentera Darat Malaysia telah menerima 110 buah varian terkini recoilless rifles 84mm Carl Gustaf M4 itu daripada syarikat tempatan yang membekalkannya.
Turut disertakan dalam dalam kenyataan adalah gambar-gambar majlis penyerahan 84mm Carl Gustaf M4 dan aset-aset lain kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Majlis penyerahan itu berlangsung di Garaj 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), Kem Batu Kentonmen dua hari lalu, yang turut dihadiri Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.
Tentera Darat Malaysia turut menggunakan varian terdahulu 84mm Carl Gustaf M2 dan varian M4 sebagaimana yang diterima oleh Tentera Darat beberapa hari lalu adalah varian terkini.
(anggota tentera Ukraine menggunakan recoilless rifles 84mm Carl Gustaf M4)
Recoilless Rifle 84mm Carl Gustaf M4 dibangunkan oleh firma pertahanan dan keselamatan Sweden, Saab untuk menangani pelbagai keperluan anggota tentera yang berada di medan kombat.
Senjata pelbagai guna (multi-role weapon system) itu boleh digunakan untuk misi-misi anti-insurgensi, pengaman dan konflik bersenjata di persekitaran urban atau keadaan kombat yang kompleks.
Ia boleh digunakan untuk memusnahkan kereta kebal walaupun ia dilindungi dengan armor tambahan (add-on armour), kubu-kubu pertahanan, rintangan atau posisi musuh yang berlindung di dalam bangunan.
Carl Gustaf M4 telah dilancarkan pada 2014 dalam satu pameran pertahanan di Amerika Syarikat, di mana ia dikenali sebagai M3A1 Multi-Role Anti-Armor Anti-Personnel Weapon System (MAAWS).
Slovakia merupakan negara pertama mengoperasikan Carl Gustaf M4 selepas ia menerima sistem artilleri itu pada Julai 2017.
(kredit FB  BTDM)
 Sebanyak 40 buah negara dilapor mengoperasikan 84mm Carl Gustaf M4.
Spesifikasi 84mm Carl Gustaf M4 adalah panjang keseluruhan senjata itu tidak melebihi 1000mm, berat dibawah 7kg yang membolehkan ia dioperasikan oleh dua orang iaitu gunner dan loader.
Senjata recoilless rifle terbaru Tentera Darat Malaysia itu boleh menembak pelbagai jenis peluru daripada anti-armour, anti-structure, multi-role, anti-personnel, peluru asal dan illumination.
Ia boleh membedil sasaran statik bergerak dan statik dengan tepat pada jarak 2,000 meter.
Pada majlis itu, Tentera Darat Malaysia turut menerima aset yang lain seperti 57 unit Modular Tent, 13 unit Multi Channel Radio System (MCRS), 10 unit Multipurpose Mobile Inventory Vehicle (MMIV), 50 unit trak 1 Tan Fitted for Radio (FFR), dua unit kenderaan penarik dan horse float serta 30 unit All Terrain Vehicle (ATV).
(kredit FB Tentera Darat)
(kredit FB Tentera Darat)
Tentera Darat Malaysia turut menerima 102 unit (V/UHF) handheld, (V/UHF) vehicular dan (H/VHF) manpack, 18 unit Night Vision Goggle (NVG) serta 460 unit set lengkap walkie talkie untuk tujuan komunikasi.
Syarikat-syarikat pembekal turut menyerahkan 124 unit Parachute Free Fall Tactical Glider dan satu unit Sistem Simulator Close Quarter Battle (CQB) untuk kepada Tentera Darat Malaysia tujuan latihan. — DSA

Carl GustaffeaturedMalaysiaTentera Darat
Comments (0)
Add Comment