Tentera Darat Filipina Terima Kenderaan Perisai VBTP-MR Guarani 6×6

Kenderaan berperisai VBTP-MR Guarani 6x6, yang dibangunkan oleh syarikat Brazil, IDV Latam dengan kerjasama syarikat Itali, IVECO, telah diserahkan kepada Tentera Darat Filipina dalam satu majlis rasmi baru-baru ini.
Tentera Darat Filipina Terima Kenderaan Perisai VBTP-MR Guarani 6×6
(DEFENCE SECURITY ASIA) –Tentera Darat Filipina secara rasmi telah menerima kenderaan berperisai VBTP-MR Guarani 6×6 pertamanya, menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha pemodenan angkatan tenteranya dalam berhadapan dengan ketidaktentuan pertahanan dan keselamatan serantau.
Kenderaan berperisai VBTP-MR Guarani 6×6, yang dibangunkan oleh syarikat Brazil, IDV Latam dengan kerjasama syarikat Itali, IVECO, telah diserahkan kepada Tentera Darat Filipina dalam satu majlis rasmi baru-baru ini.
Penyerahan kenderaan perisai Guarani itu bukan sahaja memperkukuh keupayaan tempur Tentera Darat Filipina, malah mencerminkan kerjasama pertahanan yang semakin erat antara Filipina dan Brazil, sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala dalam sektor pertahanan.
Kenderaan perisai Guarani terbabit akan digunakan oleh Divisyen Armor Tentera Darat Filipina, bagi meningkatkan kesiapsiagaan operasi ke arah pembentukan sebuah pasukan armor bertaraf dunia yang mampu melaksanakan misi merentasi pelbagai domain pertempuran.
“Matlamat kami adalah untuk membangunkan angkatan tentera yang lebih kuat bagi ‘Filipina Baru’,” kata Panglima Tentera Darat Filipina, Leftenan Jeneral Roy M. Galido mengenai perolehan tersebut baru-baru ini.
Pada Februari 2020, syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan kontrak bernilai US$46 juta (RM204 juta) untuk membekalkan sejumlah kenderaan perisai Guarani keluaran Iveco Defence Vehicles kepada tentera sebuah negara di rantau Asia-Pasifik.
Pada ketika itu, laporan menyatakan bahawa kenderaan perisai berkenaan ditempah bagi memenuhi keperluan Projek Perolehan Kenderaan Perisai Beroda Tentera Darat Filipina.
Guarani
“6×6 Guarani”
Menurut laporan sebelum ini, Tentera Darat Filipina telah menempah sebanyak 28 unit kenderaan perisai Guarani, dengan setiap kenderaan dilengkapi Remote Control Weapon Station (RCWS) dibangunkan oleh syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems.
Sistem RCWS dibangunkan oleh syarikat pertahanan Israel itu dilengkapi dengan mesingan 12.7mm serta pelancar grenad automatik 40mm, bagi meningkatkan keupayaan tempur anggota di medan operasi.
Keupayaan RCWS bukan sahaja meningkatkan keupayaan pertahanan APC berkenaan, malah menjadikannya aset tempur yang berkesan untuk operasi serangan dan pertahanan, sekaligus memperkukuh kekuatan Tentera Darat Filipina di medan pertempuran.
Terdapat sebahagian daripada kenderaan perisai itu juga akan dilengkapi dengan turret 30mm.
Armor kenderaan perisai ini boleh menahan tembakan senjata kecil serta serpihan bedilan artilleri, manakala untuk pertahanan tambahan ia boleh dipasangkan dengan add-on armor dan berbentuk V-shaped hull bagi mengelakkan kecelakaan akibat bedilan periuk api.
Selepas penghantaran pertama, sembilan lagi kenderaan perisai VBTP-MR Guarani dijangka tiba di Filipina menjelang akhir tahun ini.
Kenderaan perisai “Guarani” yang memiliki berat 16.7 tan itu boleh dipasang dengan beberapa jenis senjata daripada mesingan “remote-control weapon station” seperti 7.62mm, 12.7mm dan pelancar grenad 40mm atau mortar 120mm.

6×6 “Guarani”

 

“Guarani” yang dilengkapkan dengan Battle Management System (BMS) boleh membawa dua orang krew dan sembilan anggota tentera yang lengkap bersenjata.  
Penambahan ini akan meningkatkan keupayaan Tentera Darat Filipina dalam melaksanakan operasi yang pantas dan berkesan di pelbagai persekitaran.
Selain itu, 14 lagi unit sedang dalam proses pembuatan, memastikan Tentera Darat Filipina bakal memiliki armada kenderaan perisai moden yang lebih kukuh dalam masa terdekat.
Perolehan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Filipina dalam memodenkan angkatan tenteranya, bagi menghadapi cabaran keselamatan dalam negara serantau yang semakin berkembang.
Kenderaan perisai VBTP-MR Guarani APC akan melengkapi armada kenderaan perisai Tentera Darat Filipina sedia ada, sekaligus mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi keseluruhan pasukan.
— DEFENCE SECURITY ASIA

FilipinaGuaraniPerisai
Comments (0)
Add Comment