(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu plot tanah milik VVVIP di tengah-tengah kotaraya Singapura yang menempatkan sebuah istana lama dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem, “Crazy Rich Asians” akan dibangunkan untuk menjadi sebuah kawasan perumahan mewah, menurut beberapa individu yang rapat dengan perancangan untuk membangunkan tanah bernilai tinggi itu.
Mengapa plot tanah yang menempatkan sebuah istana lama dipanggil “Istana Woodneuk” itu menarik perhatian ramai – ia adalah kerana pemiliknya dikatakan adalah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris, (pemilik kelab bolasepak JDT) sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg baru-baru ini.
Wakil-wakil Tunku Mahkota Johor sedang bercakap dengan pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan membangunkan kluster rumah-rumah mewah di sebuah kawasan hutan yang terletak bersebelahan dengan Taman Botani republik itu, yang tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
— BLOOMBERG
Agensi berita itu berkata, dengan saiz plot tanah itu yang kira-kira 30 kali ganda keluasan Rumah Putih (kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat), projek hartanah terbabit bakal muncul sebagai di antara projek pembangunan hartanah oleh pihak swasta yang paling mahal di Singapura dan juga mungkin di rantau Asia Tenggara ini.
Kos pembangunan projek hartanah di antara tanah milik TMJ itu pula dijangka mencecah US$4.5 bilion (RM18.4 bilion), menurut jangkaan oleh firma, Savills pls,sebagaimana dilaporkan oleh Bloomberg.
Tidak banyak projek hartanah di dunia yang kosnya mencecah US$4.5 bilion.
Savills yang menganggarkan kos untuk membangunkan hartanah di atas tanah milik TMJ itu merupakan sebuah firma perkhidmatan hartanah antarabangsa terkenal yang turut disenaraikan di London Stock Exchange.
Ia memiliki pejabat di seluruh dunia.
Sekiranya rumah-rumah mewah itu dibina yang terletak tidak jauh daripada kawasan membeli-belah terkenal Singapura “Orchard Road”, ia bakal menarik pembeli daripada golongan-golongan “Ultra-Kaya” (Super Rich) dirantau ini yang dikatakan telah meningkatkan pembelian rumah kedua mereka di republik itu ketika era pandemik ini.
— BLOOMBERG
Pada ketika ini, plot tanah milik keluarga diraja Johor yang belum dibangunkan itu telah di-zonkan oleh pihak berkuasa tempatan Singapura sebagai “kawasan hijau” yang bermaksud bahawa pembangunan untuk tujuan-tujuan lain seperti pembinaan rumah atau komersial adalah dihadkan oleh kerajaan Singapura.
Menurut beberapa individu yang dipetik dalam laporan berita oleh Bloomberg itu berkata, rundingan tentang cadangan pembangunan itu atas tanah TMJ itu telah bermula sejak tahun lepas tetapi tiada kata putus diambil sehingga kini.
Menurut agensi berita itu lagi, pada saiz 210,875 meter persegi (2.3 juta kaki persegi), plot tanah milik TMJ itu pada mulanya lebih luas tetapi kerajaan Singapura dikatakan mengambil sebahagian kecil daripada tanah itu (dengan kos tertentu yang tidak didedahkan) bertujuan untuk membesarkan lagi Taman Botani itu.
Bloomberg mengatakan bahawa plot tanah milik keluarga diraja Johor itu terletak di kawasan yang dahulunya dikenali dengan nama “Tyersall Park” dan di mana didalam plot tanah itu terdapat sebuah istana lama dinamakan “Istana Woodneuk”.
Ia juga berkata bahawa nilai plot tanah adalah di antara US$2.66 bilion hingga US$4.5 bilion berdasarkan kepada anggaran nilai semasa saiz tanahnya serta apa yang dikatakan “planning parameters” tidak termasuk kos pembangunan.
— Pengarah eksekutif penyelidikan di Savills Singapore, Alan Cheong.
Bloomberg juga berkata beberapa banglo yang terletak berhampiran dengan plot tanah itu dianggarkan bernilai di antara US$20 juta hingga US$30 juta sebuah pada masa ini.
Bayangkan sekiranya tanah milik TMJ itu dibangunkan, berapakan nilai rumah-rumah dan kediaman itu?