“Taigei” (Paus Besar), Kapal Selam Paling Berkemampuan Jepun

Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei dikatakan adalah kapal selam tercanggih Jepun dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun merupakan sebuah negara yang memiliki sejarah yang panjang dalam pembinaan dan pengoperasian kapal selam konvensional berkeupayaan tinggi dan tradisi itu diteruskan dengan pembinaan tujuh buah kapal selam kelas-Taigei yang bermaksud “Big Whale” (Paus Besar) di dalam bahasa Jepun.

Berkuasa diesel-elektrik, kapal selam kelas-Taigei dikatakan adalah kapal selam tercanggih dan paling berkeupayaan Jepun setakat ini dengan kemampuan untuk berada di bawah permukaan laut lebih lama berbanding kapal-kapal selam konvensional yang lain.

Setakat ini, tiga daripada tujuh buah kapal selam kelas-Taigei (JS Taigei dan JS Hakugei) telah pun dilancarkan dan tidak lama akan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force).

Tempoh kapal selam kelas-Taigei sepanjang 84 meter dan berat 3,000 tan berada di bawah permukaan laut hanya dapat diatasi oleh kapal-kapal berkuasa nuklear, sebagaimana di dakwa oleh penganalisis pertahanan Jepun.

Mengapa kapal selam kelas-kelas Taigei itu boleh berada di bawah permukaan dengan lama?

Jawapannya adalah bateri Lithium-Ion yang dibawa oleh kapal selam moden itu untuk menyimpan kuasa elektrik dijana oleh enjin diesel kapal selam itu membolehkannya berada di bawah permukaan laut lebih lama dan bergerak lebih pantas.

Jepun telah menjalankan kajian yang terperinci tentang penggunaan bateri Lithium-Ion untuk kapal-kapal selamnya sejak awal tahun 2000.

Negara itu mendapati penggunaan bateri Lithium-Ion itu memerlukan penyelenggaran yang minimal dan membuatkan kapal selam berkemampuan untuk bergerak dengan lebih laju serta berada lebih lama di bawah permukaan air.

Bateri Lithium-Ion juga akan menjadikan kapal selam Jepun lebih senyap ketika berada dibawah permukaan laut, menyukarkan lagi untuk dikesan oleh sonar kapal pihak musuh.

Kapal selam kelas-Taigei Jepun dikatakan adalah antara kapal selam paling senyap ketika berada di bawah permukaan berikutan kajian bertahun-tahun lamanya oleh Tentera Jepun dengan mengurangkan bunyi yang dihasilkan oleh air laut disekelilingya apabila ia bergerak serta bunyi yang dihasilkan daripada kipas kapal selam itu,

Setakat ini hanya Jepun menggunakan bateri Lithium-Ion pada kapal-kapal selamnya.

Kemasukkan kapal selam diesel-elektrik “Taigei” itu akan menjadikan bilangan keseluruhan armada kapal selam Jepun kepada 22 buah.

Kapal selam kelas-Taigei Jepun itu berkemampuan membawa sehingga enam buah torpedo serta peluru-peluru berpandu “Harpoon” untuk melaksanakan misi-misi offensive.

Kini terdapat juga spekulasi mengatakan bahawa Jepun merancang untuk melengkapkan kapal-kapal selamnya dengan peluru berpandu kruis “Tomahawk” daripada Amerika Syarikat. 

Jepun merancang untuk memperolehi 500 buah peluru berpandu kruis Tomahawk daripada Amerika Syarikat, sebagai sebahagian daripada kajian semula Dasar Pertahanannya yamg juga melibatkan penambahan dalam Belanjawan Pertahanan negara itu. 

Tokyo merupakan antara sekutu rapat Amerika Syarikat dan usaha membesarkan angkatan kapal selam oleh Jepun sudah semestinya disambut baik oleh Washington, pada ketika China juga aktif dalam meningkatkan keupayaan maritim mereka.

Pada ketika ini, China mengoperasikan kira-kira enam buah kapal selam berkuasa nuklear dan 50 buah kapal selam konvensional.

Bateri Lithium Ion digunakan oleh kapal selam kelas-Taigei itu dibekalkan oleh syarikat pembekal bateri. GS Yuasa- DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

featuredJepunKapal SelamTaigei
Comments (0)
Add Comment