Kuching, Tawau Nyaris Jadi Mangsa “Serangan Udara” Pesawat Pengebom Indonesia
Hampir semua orang di Malaysia mengetahui tentang insiden konfrontasi di antara Malaysia dengan Indonesia pada tahun 1963, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu bahawa Kuching dan Tawau nyaris menjadi sasaran serangan udara oleh pesawat-pesawat pengebom Indonesia pada zaman genting itu.