Browsing tag

Thailand

Thailand: Ditembak Mati Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang warga emas ditahan polis dan didakwa kerana membunuh selepas beliau menembak mati seorang lelaki kerana enggan memakai pelitup muka (face masks) pada suatu majlis pengebumian yang berlangsung di daerah Chaweng, Thailand. Polis mengenalpasti warga emas itu sebagai Jumnean Sri-orn, 73,  yang telah menembak mati mangsa dikenali, Samran Tawai, 50,  selepas […]

Thailand Terima Peluru Berpandu Anti Kereta Kebal “Spike MR” Buatan Israel

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Thailand telah mula menerima peluru berpandu anti kereta kebal jenis “Spike MR” serta sistem pelancarnya buatan syarikat pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense Systems. Thailand menandatangani perjanjian untuk memperolehi sistem peluru berpandu buatan Israel itu pada awal tahun ini. Perolehan peluru berpandu anti kereta kebal Spike MR (Medium Range) oleh […]

Thailand Bakal Guna UAV “RQ-21 Blackjack”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Thailand akan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) taktikal “RQ-21 Blackjack”, yang dijangka diterima oleh negara jiran kita itu pada tahun depan. Ia diumumkan oleh Joint US Military Advisory Group-Thailand (JUSMAG-T), yang turut mengatakan bahawa anggota tentera Thailand telah dihantar ke Amerika Syarikat untuk menjalani latihan pengendalian sistem UAV terbabit. […]

KPN Mahu Empat Penyeludup Warga Thailand Diekstradisi Ke Malaysia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan rasmi kepada Polis Diraja Thailand (RTP) supaya mengekstradisi empat orang penyeludup ketum warga Thailand yang ditahan oleh negara jiran itu ke Malaysia. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, keempat-empat penyeludup ketum warga Thai itu yang terlibat dalam insiden tembak-menembak di sempadan […]

Anggota PGA Maut Akibat Tembakan Di Perut Dan Dada….

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terbabit dalam insiden tembak-menembak di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi maut akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada dan perut. Manakala rakannya, Koperal Norihan Tari, 39, pula cedera parah akibat kesan tempakan pada bahagian kanan perutnya. Sebelum itu, kedua-dua […]

Polis Thai Tangkap 3 Penyeludup Ketum Terlibat Insiden Berbalas Tembak

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Thailand dipercayai telah menangkap tiga penyeludup ketum yang dipercayai terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) awal pagi sehingga menyebabkan Koperal Baharuddin Ramli terbunuh. Media Thailand mengesahkan penangkapan ketiga-ketiga lelaki warga negara jiran itu, yang mengalami kecederaan akibat berbalas tembakan dengan anggota PGA Malaysia. Terdapat juga […]

Anggota PGA Maut Ditembak Di Kawasan Sempadan M’sia-Thailand

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,dekat sini, maut akibat ditembak, awal pagi tadi, menurut laporan oleh akhbar Harian Metro sebentar tadi. Dalam kejadian pada 3.10 pagi itu, mangsa, Koperal Baharuddin Ramli, 54, sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari, 39, yang […]