Pembinaan Fizikal Kapal LCS Disambung Semula Dalam Waktu Terdekat
Pembinaan fizikal enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan disambung semula dalam waktu terdekat ini selaras dengan keputusan kerajaan meneruskan pembinaan kapal-kapal perang itu selepas ia tertangguh selama beberapa tahun.