“Dalam Lingkungan Hak Malaysia Membangunkan Sumber Aslinya” – Petronas
Syarikat minyak dan gas negara, Petronas menegaskan bahawa kawasan akitiviti carigali hidrokarbon yang dilaksanakannya pada ketika ini berada “di dalam perairan berdaulat (Malaysia),” menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas YM Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.