Kerajaan Uzbekistan “Pulangkan” Helikopter Black Hawk Tentera Afghanistan Kepada Amerika Syarikat
Negara Asia Tengah, Uzbekistan telah menyerahkan tujuh buah helikopter Black Hawk kepada Amerika Syarikat, yang sebelum ini diterbangkan oleh juruterbang tentera Afghanistan ke negara itu ketika mereka melarikan diri daripada serangan Taliban pada tahun 2021, menurut sumber diplomatik Amerika.