Jurutera China Usaha Kurangkan “Jurang Kemampuan” Antara J-20 Dan F-22 “Raptor”
Pada pameran Zhuhai Airshow berlangsung pada November tahun lepas, syarikat pembuat enjin China, Aero Enjine Corp of China (AECC) telah mempamerkan enjin turbofan keluarannya yang dilengkapi dengan 2D thrust vectoring control nozzle (pengawal muncung) bagi meningkatkan kelincahan dan daya halimunan pesawat-pesawat pejuang negara itu.