Israel Lipat Ganda Usaha Melobi Amerika Syarikat Untuk Halang Turkiye Miliki Pesawat Pejuang F-35
Israel dilaporkan telah menggandakan lagi usaha-usaha melobinya untuk menghalang pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump daripada menjual pesawat pejuang generasi kelima F-35 Lightning II buatan syarikat Lockheed Martin kepada Turkiye.