Perancis Pertaruh “Super Rafale” Cabar Dominasi F-35 Di Pasaran Pesawat Pejuang Antarabangsa
Bermula daripada tahun depan hingga 2030, Perancis akan mula membangunkan varian pesawat pejuang Rafale yang lebih canggih, di mana ia dan syarikat pembuat pesawat pejuang itu, Dassault Aviation berharap dapat “mengalahkan” pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat daripada segi jualan di peringkat global.