Stesen TV Algeria Sahkan Juruterbang Negara Itu Sedang Berlatih Kendali Su-57 Felon di Russia
Stesen televisyen milik kerajaan Algeria telah pun mengesahkan bahawa negara Afrika itu adalah pelanggan eksport pertama bagi pesawat pejuang generasi kelima Russia, Sukhoi Su-57 Felon, sekaligus menamatkan teka-teki mengenai pelanggan eksport pertama bagi pesawat pejuang generasi kelima itu.