Tentera Laut Israel Sabotaj 12 Kapal Tangki Iran Sejak 2019?
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sejak Oktober 2019, pihak tentera laut Israel telah mensasarkan kira-kira 12 buah kapal tangki milik Iran membawa muatan minyak daripada Iran ke Syria, menurut pegawai-pegawai perisikan Amerika Syarikat.
Dalam laporan yang disediakan oleh Wall Street Journal, Israel bimbang hasil daripada penjualan minyak itu akan digunakan untuk membiayai aktiviti ekstremis di Timur Tengah dan kawasan-kawasan lain di rantau terbabit.