(VIDEO) Su-57 Singgah di Iran Isi Minyak, Beri Peluang Tentera Iran Lihat Lebih Dekat Pesawat Gen-5 Russia
Pegawai-pegawai kanan tentera Iran berpeluang melihat dengan lebih dekat pesawat pejuang generasi kelima Russia, Su-57 Felon apabila pesawat pejuang halimunan itu singgah di pangkalan tentera di Bandar Abbas untuk mengisi minyak dalam perjalanan pulang ke Russia selepas menyertai pameran udara Aero India 2025.