Tentera Laut Pakistan Pertingkat Kemampuan Buru Kapal Selam Musuh Menerusi Projek “Sea Sultan”
Tentera Laut Pakistan dijadual menerima pesawat peronda maritim (MPA) jarak jauh pertamanya yang diubahsuai daripada pesawat komersial Embraer Lineage 1000 pada 2026, sekaligus meningkatkan lagi kemampuan Peperangan Anti-Kapal Selam (ASW), terutamanya dalam memburu kapal-kapal selam “musuh” terutamanya milik India.