KF-21 Guna Radar AESA Tempatan Selepas Amerika Enggan “Berkongsi” Teknologi
Disebabkan keengganan Amerika Syarikat untuk “berkongsi” teknologi radar AESA (Active Electronically Scanned Array), maka Korea Selatan terpaksa membangunkan sendiri sistem radar itu yang akan digunakan oleh pesawat generasi 4.5 buatannya, KF-21 Boramae yang telah melakukan penerbangan sulungnya semalam.