Browsing tag

PGA

PGA Tawau Rampas “Life Jacket” Dipercayai Milik Tentera Negara Jiran

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Dalam satu operasi oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau kira-kira empat hari lepas, tiga lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua rakyat negara jiran telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kg. Sungai Melayu Pulau Sebatik. Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mohd Yacob Bin Murad berkata […]

Anggota PGA Ditahan Kerana Dipercayai Seludup PATI Di Sarawak

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Agensi berita nasional , Bernama hari ini melaporkan penahanan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga pendatang asing izin melalui sempadan Kalimantan-Sarawak, di Tebakang. Tebakang ini terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari Kuching. Menurut Bernama, penahanan anggota PGA itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk […]

Skim Perkhidmatan “Senoi Praaq” Perlu Ditambah Baik – CUEPACS

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disyor supaya membuat penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan anggota polis Orang Asli daripada Unit Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am (PGA). Presiden CUEPACS Adnan Mat yang membuat cadangan itu berkata pihaknya mendapati skim perkhidmatan sedia ada Senoi Praaq agak ketinggalan dari segi gaji berbanding kemahiran luar biasa yang dimiliki […]

[Update] Dua Anggota PGA Hilang Malam Tadi Ditemui Mati

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhbar Harian Metro melaporkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dilaporkan hilang ketika menjalankan rondaan di hulu Baram, Sarawak malam tadi telah ditemui meninggal dunia hari ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menjelaskan punca kematian mereka. “Kedua-duanya telah dijumpai dan meningggal dunia dan […]

[Video] “Perisai” Di Sempadan Malaysia-Thailand

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Hari ini kita meninjau dengan lebih dekat tugas-tugas mencabar yang dilaksanakan oleh anggota-anggota Batalion ke-3 Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam memastikan sempadan negara bebas daripada sebarang pencerobohan oleh anasir-anasir tidak diingini. Anggota PGA daripada Batalion ke-3 ini bertugas di kawasan sempadan Malaysia-Thai berhampiran Padang Besar di Perlis. Berjalan kaki sambil menjaga […]

Lagi Anggota PGA Di Tembak di Sempadan M’sia-Thailand

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas ditembak daripada arah kawasan Thailand ketika sedang bertugas meronda di kawasan sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, petang tadi. Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam. Ketua Polis Kedah Datuk […]

Anggota PGA Maut Akibat Tembakan Di Perut Dan Dada….

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang terbabit dalam insiden tembak-menembak di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi tadi maut akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada dan perut. Manakala rakannya, Koperal Norihan Tari, 39, pula cedera parah akibat kesan tempakan pada bahagian kanan perutnya. Sebelum itu, kedua-dua […]

Polis Thai Tangkap 3 Penyeludup Ketum Terlibat Insiden Berbalas Tembak

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Thailand dipercayai telah menangkap tiga penyeludup ketum yang dipercayai terbabit dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) awal pagi sehingga menyebabkan Koperal Baharuddin Ramli terbunuh. Media Thailand mengesahkan penangkapan ketiga-ketiga lelaki warga negara jiran itu, yang mengalami kecederaan akibat berbalas tembakan dengan anggota PGA Malaysia. Terdapat juga […]