Browsing tag

Perhimpunan

Penduduk Myanmar Bakar Kilang Milik Syarikat China, Tentera Tembak Mati 63 Orang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Myanmar menembak mati 51 peserta perhimpunan selepas mereka membakar beberapa buah kilang milik syarikat-syarikat China di kawasan perindustrian di Hlaingthaya, di luar Yangon semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Myanmar mengadakan perhimpunan di kawasan perindustrian itu bagi membantah sokongan kerajaan China terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Myanmar pada 1 Februari lepas.

[VIDEO] Tentera Myanmar Kerah Unit Sniper “Tangani” Peserta Perhimpunan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Keganasan pihak tentera terus berleluasa di Myanmar, dengan media tempatan menyatakan sebanyak 11 orang awam yang terlibat dalam perhimpunan telah mati ditembak oleh pasukan keselamatan negara itu pada Sabtu.

Insiden paling buruk dilaporkan berlaku di Mandalay, yang merupakan bandar kedua terbesar di Myanmar di mana media tempatan menyatakan lima orang awam termasuk dua wanita mati ditembak oleh pasukan tentera negara itu yang juga dipanggil “Tatmadaw”.