Kapal Penyelidik China, Haiyang Dizhi 8 Dikesan Dalam Perairan ZEE Malaysia
Kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8 yang pernah mencetus insiden di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia tiga tahun lepas, dilaporkan telah kembali ke perairan ZEE Malaysia dipercayai untuk melakukan kerja-kerja kajian dasar laut.