Rakyat Korea Utara Buat Penampilan Pertama di Mahkamah AS Selepas Diekstradisi Daripada M’sia
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Rakyat Korea Utara Mun Chol Myong yang diekstradisi daripada Malaysia membuat penampilan pertama di mahkamah di Washington, Amerika Syarikat bagi menjawab pelbagai pertuduhan aktiviti penipuan dan pengubahan wang haram.
Ahli perniagaan berusia 55 tahun itu menjadi warga Korea Utara pertama diekstradisi ke Amerika Syarikat daripada mana-mana negara.