Walau “Bersahabat”, Pengodam Korea Utara Tetap Curi Maklumat Peluru Berpandu Russia
Walaupun Korea Utara dan Russia adalah “negara sahabat”, tetapi ia tidak menghalang sekumpulan pakar pengodam komputer Pyongyang untuk menceroboh masuk jaringan sistem komputer milik agensi utama pembangunan sistem peluru berpandu Russia selama lima bulan pada tahun lepas untuk mencuri maklumat berkenaan teknologi peluru berpandu.