Thailand Pertingkat Pesawat Gripen C/D Miliknya, Pastikan “Lebih Berbisa”
Tentera Udara Thailand mengesahkan bahawa ia sedang menaiktaraf pesawat-pesawat pejuang Saab JAS 39 Gripen C/D miliknya ke konfigurasi MS20 bagi membolehkan pesawat kombat buatan syarikat Sweden itu “lebih berbisa” dalam menangani pelbagai ancaman udara.