Bangladesh Perolehi Helikopter Penyerang Mi-28NE “Night Hunter”
Walaupun sering diperlekeh sebagai negara yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan, tetapi komitmen kerajaan Bangladesh terhadap peningkatan kemampuan angkatan tenteranya perlu dipuji dengan tentera udara negara Asia Selatan itu dilaporkan telah bersetuju untuk memperolehi lapan buah helikopter penyerang Mi-28NE “Night Hunter” atau “Havoc” buatan Russia bagi memperkuatkan lagi sistem pertahanan negara Asia Selatan itu.