Browsing tag

Malaysia

Syarikat “Glocom” Di Kuala Lumpur Dan Perisik-Perisik “Reconnaisance General Bureau” Korea Utara

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 2017, agensi media antarabangsa Reuters telah membongkar aktiviti perniagaan sebuah syarikat dinamakan “Glocom” daripada pejabatnya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Menurut agensi  berita itu, berdasarkan kepada laporan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Majlis Keselamatan badan dunia itu, syarikat “Glocom” ini hanyalah syarikat samaran (front companies) yang dioperasikan oleh agen-agen perisik Korea Utara.

Aktiviti Haram Korea Utara Berpusat Di Asia Tenggara?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Awal pagi tadi, Korea Utara mengumumkan bahawa ia akan memutuskan hubungan dengan Malaysia bagi membantah tindakan mahkamah negara ini memerintahkan Mun Chol Myong supaya diekstradisi ke Amerika Syarikat atas kesalahan pengubahan wang haram.

Myong ditahan oleh polis pada 2019 dan selepas lebih setahun  perbicaraan di mahkamah, pada 9 Mac lalu beliau diperintah supaya diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Korea Utara Putuskan Hubungan Dengan Malaysia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pyongyang bertindak memutuskan hubungan dengan Malaysia berhubung tindakan mahkamah di Kuala Lumpur memerintahkan seorang warga Korea Utara diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Pengumuman mengenai tindakan memutuskan hubungan dengan Malaysia itu dilakukan oleh agensi berita rasmi Korea Utara rasmi, KCNA.

Russia Cuba Pancing Turki Dengan Tawaran Penjualan Su-35 dan Su-57

DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas Turki “dikeluarkan” daripada program pesawat pejuang F-35 Lightning, Russia kini pula menawarkan pesawat-pesawat pejuang Su-35 dan Su-57 sebagai ganti kepada pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat itu.

Russia berharap kejayaannya menarik minat Turki untuk membeli sistem pertahanan udara, S-400 dapat diulangi dengan pesawat-pesawat pejuang pula.

“Saya tahu ada dalam kalangan mereka yang tidak sabar menunggu saya berhenti ” – Ketua Polis Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Terdapat rangkaian atau “‘kartel” yang diwujudkan dalam pasukan polis dan didalangi pegawai kanan di peringkat pertengahan dengan motif untuk mendominasi pasukan itu bagi memudahkan mereka melakukan “kerja-kerja kotor”.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, “puak-puak tersebut” merancang untuk memastikan rakan sekerja mereka sama-sama dinaikkan pangkat, seterusnya mendominasi pucuk pimpinan tertinggi polis pada masa depan.

Ketua Polis Negara Sifatkan Tindakan Pegawainya Lepaskan Suspek Macau Scam Suatu “Pengkhianatan.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyifatkan tindakan seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang melepaskan suspek yang terlibat dengan sindiket Macau Scam di negeri itu sebagai suatu “pengkhianatan.”

Tindakan “pengkhianatan” itu katanya, dikesan hasil siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Latihan Elemen Tinjau, Sniper Kompeni Pandura (Para)

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Empat pegawai dan 76 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah melaksanakan Latihan Kepakaran dan Kompetensi Elemen Tinjau dan Sniper Kompeni PANDURA (Para) bermula daripada 1 hingga 7 Mac 2021 di Lapangsasar Gemas/Asahan.

Tujuan latihan adalah untuk memperbaiki serta meningkatkan Standard Operating Procedure (SOP) Elemen Tempur Tim dan Platun.

[VIDEO] Malaysia Bakal Terima 12 Buah Lagi UAV “ScanEagle” Daripada Amerika Syarikat

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Amerika Syarikat akan menyerahkan 12 buah lagi pesawat tanpa pemandu (UAV) “ScanEagle” kepada Malaysia diantara pertengahan tahun ini sehingga awal tahun depan.

Menurut Atase Kanan Pertahanan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia Kapten Muhammad Muzzafar Feroze Khan yang dipetik oleh agensi berita Bernama sebagai berkata,  ia adalah penambahan kepada enam buah UAV  ScanEagle yang telah diserahkan kepada Malaysia pada tahun lepas.

Malaysia Perhati Dengan Teliti Pembangunan UAV Turki – Duta Negara Itu

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci dalam satu temuramah dengan portal pertahanan Turki – www.defensehere.com – mengatakan Malaysia sedang memerhati dengan teliti pembangunan pesawat tanpa pemandu (UAV) Turki, sama ada tanpa senjata atau yang bersenjata. Adakah kenyataan duta Turki ke Malaysia ini membawa apa-apa makna, memandangkan kita sememangnya sedang dalam […]

Tentera Darat Terima Helikopter Tempur Ringan MD-530G Pada Ogos Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penantian selama beberapa tahun untuk melihat helikopter tempur ringan (armed scout attack helicopter) jenis MD-530G berada di negara ini bakal berakhir apabila Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima aset terbarunya itu Ogos ini. Perkara itu didedahkan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang berkata Tentera Darat Malaysia […]