(VIDEO) Anggota Tentera Russia Bakal Terima US$100,000 Selepas Tawan Kereta Kebal M1A1 Abrams
Anggota-anggota tentera Russia di wilayah Kursk berpotensi menerima hadiah wang tunai berjumlah US$100,000 selepas mereka berjaya menawan sebuah kereta kebal M1A1 Abrams buatan Amerika Syarikat dalam keadaan amat baik dan tidak mengalami sebarang kerosakan.