Browsing tag

Luconia Shoals

KM Bistari Hanya 150 Meter Dari Kapal China Di Beting Patinggi Ali

Walau hanya panjang 40 meter dan berat 230 tan, tetapi ia tidak menghalang kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) “KM Bistari” untuk mengikuti dengan dengan rapat (shadow) kapal Pengawal Pantai China CCG 5402 yang memasuki perairan Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) berhampiran Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) di luar pantai Sarawak.

Mengapa Perlu Berunding, Jika Itu Sememangnya Hak Kita?

Untuk makluman semua, Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) hanya terletak 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri (spesifiknya di Tanjung Baram, Sarawak) dan adalah beting itu adalah jelas terletak dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia, sebagaimana digariskan oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

Kapal China “Pintas”, “Shadow” Kapal Jepun Di Beting Patinggi Ali?

Keadaan di sekitar perairan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) semakin panas dengan kapal pengawal pantai Jepun turut dilaporkan berada di situ, berkemungkinan untuk memantau aktiviti kapal pengawal pantai China, CCG 5303 yang dilaporkan telah berada di perairan yang kaya dengan sumber minyak dan gas milik negara sejak 12 Januari lepas.

Bolehkah Kita Halang China?

Admin terfikir, bagaimana jika pada suatu ketika di tahun-tahun mendatang, China bertindak menghantar beberapa buah kapal ke Beting Patinggi Ali dan mereka memulakan kerja-kerja untuk membina infrastruktur ketenteraan dan bangunan di ciri maritim itu?