“Malaysia Akan Tanggung Akibatnya,” Kata Konsul Korea Utara Sebelum Meninggalkan Negara Ini
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebelum meninggalkan Kuala Lumpur untuk pulang ke Korea Utara, konsulat kedutaan negara itu, Kim Yu Song sempat melaungkan amaran keras terhadap Malaysia berhubung tindakannya mengekstradisi rakyat negara itu ke Amerika Syarikat.
Bercakap kepada media sebelum meninggalkan bangunan kedutaan itu, beliau berkata, Malaysia akan menerima akibatnya.