Jerman Bimbang Kemungkinan Amerika Guna “Kill Switch” Terhadap F-35 Miliknya
Perolehan 35 buah pesawat pejuang generasi kelima F-35 Lightning II oleh Jerman kini menjadi tumpuan di negara itu selepas timbul kebimbangan bahawa Amerika Syarikat, di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump, berpotensi melumpuhkan pesawat pejuang itu dari jauh (remote) bagi mencapai agenda politiknya.