Browsing tag

Kilang

Kilang Produk Aeroangkasa Turkiye Dicadang Di Buka Di Malaysia

Turkish Aerospace Industries (TAI) berharap dapat merealisasikan rancangannya untuk mewujudkan sebuah kilang pengeluaran produk-produk aeroangkasa seperti jet, helikopter dan pesawat tanpa pemandu (UAV) di Malaysia dalam tempoh setahun dan menjadikan negara itu pangkalan untuk rantau Asia Pasifik.

China Arah Syarikatnya Di Myanmar “Bawa Keluar” Kakitangan Mereka

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan China telah mengarahkan syarikat-syarikat miliknya supaya membawa keluar “kakitangan tidak penting” (non-essential) di Myanmar, selepas kilang-kilang milik mereka menjadi mangsa serangan khianat penunjuk perasaan di negara itu.

Arahan supaya kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan China itu dibawa keluar dengan segera daripada Myanmar juga berpunca daripada sentimen anti-China yang semakin menebal di negara Asia Tenggara itu.

32 Buah Kilang Milik Syarikat China Di Myanmar Musnah, Anggaran Kerugian RM155 Juta

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 32 kilang milik syarikat-syarikat China telah dirosakkkan dalam serangan khianat di Myanmar dalam kekacauan yang berlaku daripada Ahad sehingga semalam, menyebabkan kerosakkan yang dianggarkan bernilai US$38.9 juta (RM155.6 juta), menurut kedutaan China di Myanmar sebagaimana dipetik oleh akhbar The Global Times.

Individu-individu tidak dikenali telah menceroboh masuk kilang-kilang, merosakkannya termasuk membakarnya serta mencuri barang-barang berharga.

Penduduk Myanmar Bakar Kilang Milik Syarikat China, Tentera Tembak Mati 63 Orang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Myanmar menembak mati 51 peserta perhimpunan selepas mereka membakar beberapa buah kilang milik syarikat-syarikat China di kawasan perindustrian di Hlaingthaya, di luar Yangon semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Myanmar mengadakan perhimpunan di kawasan perindustrian itu bagi membantah sokongan kerajaan China terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Myanmar pada 1 Februari lepas.