Browsing tag

Kekacauan

China Arah Syarikatnya Di Myanmar “Bawa Keluar” Kakitangan Mereka

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan China telah mengarahkan syarikat-syarikat miliknya supaya membawa keluar “kakitangan tidak penting” (non-essential) di Myanmar, selepas kilang-kilang milik mereka menjadi mangsa serangan khianat penunjuk perasaan di negara itu.

Arahan supaya kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan China itu dibawa keluar dengan segera daripada Myanmar juga berpunca daripada sentimen anti-China yang semakin menebal di negara Asia Tenggara itu.

32 Buah Kilang Milik Syarikat China Di Myanmar Musnah, Anggaran Kerugian RM155 Juta

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 32 kilang milik syarikat-syarikat China telah dirosakkkan dalam serangan khianat di Myanmar dalam kekacauan yang berlaku daripada Ahad sehingga semalam, menyebabkan kerosakkan yang dianggarkan bernilai US$38.9 juta (RM155.6 juta), menurut kedutaan China di Myanmar sebagaimana dipetik oleh akhbar The Global Times.

Individu-individu tidak dikenali telah menceroboh masuk kilang-kilang, merosakkannya termasuk membakarnya serta mencuri barang-barang berharga.

“Pengacau” Sembunyi Di Pulau Berhampiran Sabah – Polis

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat bahawa rakyat negara jiran kini bersembunyi di pulau-pulau berhampiran Sabah disyaki untuk cuba mengganggu proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, esok. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pulau yang dijadikan lokasi persinggahan itu berada di luar wilayah Malaysia, […]