Sudah Dua Minggu Kapal Penyelidik China, Haiyang Dizhi 8 Berada Dalam Perairan ZEE Malaysia
Pada ketika ini, sudah dua minggu kapal penyelidikan China, Haiyang Dizhi 8 berada di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals), dipercayai menjalankan kerja-kerja kajian dasar laut di kawasan perairan milik Malaysia yang kaya dengan khazanah minyak dan gas.