Jepun Bakal Bina Kapal Pemusnah 20,000 Tan, Antara Terbesar Dalam Armada
Jepun merancang membina dua buah kapal Pertahanan Peluru Berpandu Balistik (BMD – Ballistic Missile Defence) yang berat masing-masing mencecah 20,000 tan, menjadikan ia di antara kapal perang paling besar dan paling berat dimiliki oleh Tentera Laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) sejak Perang Dunia Kedua.