Pakistan Harap JF-17 PFX Mampu Lonjak Lagi Industri Pertahanannya, Tangani Ancaman India
Pakistan berharap varian pesawat pejuang JF-17 PFX (Pakistan Experimental Complex) yang dinaiktaraf akan memastikan ia berkemampuan untuk menangani cabaran dan ancaman daripada pesawat-pesawat pejuang “musuh tradisiny”, iaitu India disamping melonjakkan lagi industri pertahanannya dan mengelak ia terus bergantung kepada negara asing.