Jeneral AS Akui Jamming Tentera Russia “Tumpulkan” Keberkesanan Senjatanya Di Ukraine
Seorang jeneral tentera Amerika Syarikat membuat pengakuan bahawa “kelebihan taktikal” pelbagai sistem persenjataan berketepatan tinggi buatan negara itu yang digunakan di Ukraine jauh berkurangan akibat tindakan jamming oleh tentera Russia.