(VIDEO) Rakaman Video Empat Saat Papar Lebih Jelas Pesawat Pejuang Generasi Ke-6 China
Beberapa hari lalu, satu video berdurasi empat saat telah menjadi viral di platform-platform media sosial di China kerana ia memaparkan dengan jelas pesawat pejuang generasi ke-enam China, J-36 yang dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Corporation (CAC) dalam aksi-aksi terakhirnya sebelum melakukan pendaratan di sebuah pusat pembangunan pesawat yang rahsia.