[VIDEO] Presiden Afghanistan Diserang Roket Ketika Sedang Solat Hari Raya Aidiladha
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan pegawai kanan negara itu nyaris maut apabila kawasan-kawasan berhampiran istana presiden di Kabul dihujani dengan bedilan roket ketika beliau dan pegawai-pegawai kanannya sedang menunaikan solat sunat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.