Malaysia Lebih “Vokal” Bantah China, Indonesia “Berdiam Diri”
Sebuah badan bukan kerajaan yang berpusat di Washington, Amerika Syarikat dikenali “Asia Maritime Transparency Initiative” (AMTI) berkata Malaysia kini lebih vokal dalam menyuarakan bantahannya terhadap pencerobohan kapal-kapal dan pesawat China, berbanding negara jirannya, Indonesia yang mengambil pendekatan mendiamkan diri.