Browsing tag

Indonesia

APMM Rampas Dadah Lebih 2 Tan Bernilai RM105 Juta Di Pulau Pinang

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 2.1 tan dadah jenis “Methaphetamine” dianggarkan bernilai RM105 juta di perairan Pulau Pinang pada Rabu lepas. Dadah sintetik itu dipercayai cuba dimasuk ke Pulau Pinang daripada Indonesia menggunakan sebuah bot rekreasi. Ketua Pengarah APMM Datuk Zubil Mat Som yang mengesahkan kejadian itu pada sidang media […]

[Video] Korpaskhas Indonesia Guna Raifal IWI Tavor X95

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Nasional Indonesia (TNI) diberitakan akan mengikut jejak angkatan tentera beberapa negara lain seperti Thailand, Filipina, Vietnam, India dan beberapa negara lain dalam menggunakan raifal IWI Tavor X95, yang sebelum ini dikenali sebagai “Micro Tavor”. IWI Tavor X95 ini diperbuat oleh syarikat pertahanan negara Yahudi, Israel Weapon Industries (IWI). Menurut page […]

Apa Sudah Jadi Dengan Kapal Selam Indonesia, “Alugoro”?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – APA SUDAH JADI … merupakan pertanyaan yang berlegar-legar dipemikiran sesetengah media Indonesia tentang nasib yang menimpa kapal selam buatan tempatan pertama Indonesia “Alugoro” yang sepatutnya sudah siap dan diserahkan kepada tentera laut negara itu. Menurut CNBC Indonesia, kapal selam itu yang dibina sepenuhnya dalam negara oleh syarikat pembuat kapal tempatan, PT […]

Indonesia Pindah Ibu Pejabat Pasukan Kombat Tentera Laut ke Natuna

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi memastikan respons yang lebih berkesan dan pantas terhadap kemungkinan berlakunya konflik di Laut China Selatan, Indonesia memutuskan untuk memindahkan ibu pejabat pasukan kombat tentera lautnya ke Pulau Natuna. Ibu pejabat pasukan kombat tentera lautnya itu yang dikenali sebagai Gugus Tempur Laut (GUSPURLA)  KoArmada 1 berada di Jakarta dan kini akan […]

Pembinaan Batch Kedua Kapal Selam Indonesia Hampir Pasti Batal

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya khabar-khabar angin mengatakan Indonesia membatalkan kontrak pembelian tiga buah kapal selam daripada Korea Selatan semakin pasti, berdasarkan daripada kenyataan terkini daripada pegawai kanan negara jiran kita itu. Kerajaan Indonesia dan syarikat Korea Selatan, Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME)  menandatangani perjanjian pada 2011 bernilai US$1.1 billion bagi membolehkan Jakarta memperolehi […]

Indonesia Bangunkan Prototaip Radar Pasif

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Apa yang baik kita puji dan kejayaan Indonesia membangunkan prototaip radar pasif miliknya sendiri merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Menurut laporan media negara jiran kita itu, satu demonstrasi radar pasif itu telah dilakukan baru-baru ini di Lapangan Udara Halim Perdana Kusuma, Jakarta Timur. Demonstrasi itu adalah untuk Sekjen Kementerian Pertahanan Indonesia […]

40 Bot Nelayan Indonesia Cuba Ceroboh Perairan Negara

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Usaha mengawal sempadan perairan negara sememangnya mencabar dan terbaru,  40 bot nelayan Indonesia dikesan cuba menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Jarak untuk menangkap ikan. Nasib baik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak telah bertindak dengan pantas dengan mengusir semua bot nelayan negara asing itu. Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Shahrizan […]

Indonesia Kerah UAV Ke Natuna dan Tarakan Berhampiran Sabah

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Indonesia dikatakan telah mengerahkan pesawat tanpa pemandu (UAV) miliknya, CASC CH-4 Rainbow ke kepulauan Natuna untuk mengawasi perairan miliknya di Laut China Selatan. Selain itu media-media pertahanan Indonesia juga mengatakan CASC CH-4 milik Indonesia juga akan ditempatkan di Tarakan, yang terletak berhampiran dengan Sabah. Mengapa di kepulauan Natuna — mungkin Jakarta […]

“Densus 88” Tangkap Tujuh Saspek Pengganas Di Indonesia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Unit anti-keganasan Indonesia, “Detasmen Khusus 88 Anti Terror” atau nama singkatannya, “Densus 88” telah mengumumkan penangkapan tujuh saspek anggota kumpulan pengganas di negara itu. Anggota Densus 88 yang lengkap bersenjata menangkap kesemua saspek itu merupakan anggota kepada kumpulan pengganas,  Jemaah Islamiyah (JI) dan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang bersekutu dengan kumpulan-kumpulan […]

APMM Usir Keluar Tiga Bot Nelayan Indonesia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Maritim Negeri Perak telah bertindak mengusir tiga bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada 5 dan 7 November lepas. Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, bot pertama bersama 5 kru warga Indonesia termasuk tekong diusir oleh KM TUGAU yang dalam rondaan dan penguatkuasaan Op Benteng sekitar […]