Korea Utara Pertingkat Keupayaan Peluru Berpandu Taktikal, Jarak 600km Dan Peledak 2.5 Tan
Pihak keselamatan di Seoul kini percaya bahawa dua butir peluru berpandu jarak pendek yang dilancarkan oleh Korea Utara adalah daripada jenis “KN-23” tetapi versi yang dipertingkatkan kemampuannya.
Peluru berpandu jarak dekat Korea Utara “KN-23” ini dipercayai dibangunkan daripada peluru berpandu taktikal jarak dekat keluaran Russia, “Iskander.”