Pesawat Su-30, Su-24 Russia Lakukan “Simulasi Serangan” Terhadap Kapal Friget Belanda Di Laut Hitam
(DEFENCE SECURITY ASIA) –Selama hampir lima jam pada Khamis lepas, kapal friget Tentera Laut Belanda HNLMS Evertsen terpaksa berhadapan dengan gangguan (harassed) oleh pesawat-pesawat pejuang Su-30SM Tentera Udara Russia yang melakukan simulasi serangan terhadapnya di perairan antarabangsa di Laut Hitam.