Malaysia Beroleh Kemenangan Lagi Terhadap “Waris Sultan Sulu”
Malaysia beroleh kemenangan lagi terhadap sekumpulan individu yang mendakwa mereka sebagai “waris Sultan Sulu” selepas Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa yang difailkan oleh mereka berhubung pembatalan pelantikan Dr. Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian antara kerajaan Malaysia dan Sulu.