Australia Naiktaraf, Baik Pulih Kemudahan Pangkalan TUDM Butterworth
Pada 8 Ogos yang lalu, Australia telah mengumumkan usaha untuk menaiktaraf Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth menerusi peruntukkan yang dianggarkan di antara AUD$60 juta hingga AUD$70 juta (RM180 juta hingga RM210 juta), sebagaimana menurut majalah pertahanan Australia Defence Review.