Peluru Berpandu Udara-ke-Udara Keluaran India, ASTRA BVRAAM Bedil Sasaran Dalam Ujian
Baru-baru ini, India telah berjaya melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh ASTRA BVRAAM (Beyond Visual Range Air-to-Air Missile) keluaran tempatan dari pesawat pejuang, Tejas LCA AF MK1 yang didakwa New Delhi adalah lebih baik berbanding peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh keluaran Russia, R-77 (RVV-AE).