TLDM Kerah Kapal 9,000 Tan “Shadow” Kapal China Ceroboh Perairan ZEE Negara
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengerahkan kapal auxiliary miliknya, KA Bunga Mas 5 seberat 9,000 tan untuk membayangi (shadow) dan memantau aktiviti kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8 yang “menceroboh” perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di luar pantai Sarawak.